Rupa adalah suatu kawasan yang berbeza daripada ruang sekeliling dan bersifat 2 dimensi. Rupa juga adalah hasil pertemuan penghujung satu garisan dan permulaannya.
Rajah 11 : Garisan dibentuk bertemu dari hujung ke pangkal. |
Jenis-Jenis Rupa
1. Rupa Geometri
Rupa geometri adalah sifat yang statik dan mempunyai sempadan yang tepat. Kebiasaannya menggunakan alat untuk melukis. Contohnya, bulat, empat segi, heksagon, rombus dan segi tiga.
Rajah 12 : contoh rupa Geometri. |
2. Rupa Organik.
Rupa organik mempunyai sifat yang bebas dan dinamik, tidak mempunyai sempadan dan sudut, bersahaja dan dicipta secara spontan.
Rajah 13 : Contoh rupa organik |
Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif adalah rupa yang terletak di dalam kawasan tertentu. Rupa negatif adalah rupa yang berada di sekeliling rupa objek. Rupa mempunyai nilai positif dan negatif apabila dimasukkan ke dalam satu satah sempadan.
Rajah 14 : Rupa Positif
Rajah 15 : Rupa Negatif |
Rupa Muka Taip
Rupa muka taip adalah merujuk kepada rupa dan karakter huruf. Terdapat pelbagai karakter huruf dan mempunyai karakter tertentu. Terdapat pelbagai rupa huruf yang mempunyai sifat tertentu seperti huruf rumi, jawi dan tulisan cina.
Muka rupa taip rumi |
Rupa muka taip jawi
|
Rupa Motif Tradisional, Simbol dan Logo
Logo Petronas |
Simbol Toilet
|
No comments:
Post a Comment