Saturday 14 January 2012

BENTUK




Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ini bermakna bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan datar. Bentuk dapat dilihat daripada pelbagai sudut pandangan seperti karya 3 dimensi atau dari satu sudut pandangan seperti karya dua dimensi yang disebut bentuk ilusi.

Jenis-Jenis Bentuk.

1. Bentuk Konkrit.

Bentuk konkrit adalah bentuk yang sebenar dan bersifat 3 dimensi. Bentuk konkrit dapat dilihat daripada pelbagai sudut, disentuh dan dirasa melalui deria.

Bentuk konkrit : kerusi
Bentuk konkrit : Kotak
Bentuk konkrit : kertas disulam menghasilkan bentuk.
Bentuk konkrit : origami swan




2. Bentuk Ilusi

Bentuk ilusi adalah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Bentuk ilusi bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lukisan, catan dan lakaran 3D.

Bentuk ilusi : teknik komputer grafik
Bentuk ilusi : catan
Bentuk ilusi : teknik lorekan
Bentuk ilusi : Animasi seni 3D di televisyen

No comments:

Post a Comment