Friday, 13 April 2012

GAMBAR KOLAJ



CONTOH KOLAJ




Kolaj yang paling mudah. Sesuai untuk murid2 tahun satu. Guru boleh meminta murid untuk melukis gambar yang mudah ataupun guru boleh menyediakan kertas yang siap dilukis gambar. Murid hanya perlu mengoyak kertas warna dan menampal.

Kolaj Daun. Kolaj ini mengguna daun-daun kering. Daun-daun dipotong dan ditampal ke atas kertas  lukisan yang telah dilukis gambar.


Kolaj Suratkhabar/ majalah. Kolaj ini menggunakan surat khabar atau majalah dalam pembuatannya. Suratkhabar/ majalah dipotong atau diguntil (di buat seperti bola).


Kolaj Kain. Menggunakan perca-perca kain dalam pembuatannya. Kain dipotong dan ditampal mengikut kreativiti masing2.


Kolaj Kertas Warna. Menggunakan kertas warna. Kolaj dapat diberi sentuhan yang lebih menarik jika murid-murid dapat menghasilkan gambar2 yang menarik.


Kolaj Tisu. Kolaj ini dihasilkan daripda tisu yang telah diampur warna. Tisu dicarik halus2 dan ditampal keatas gambar yang dibentuk. Tisu perlu ditampal bertindih untuk menghasilkan gambar yang menarik.


Masih lagi kolaj tisu. Contoh ini sesuai dihasilkan oleh murid2 tahap satu.


Kolaj jenis susah. Dihasilkan daripada majalah lalu membentuk imej yang tersendiri tanpa melukis gambar.

tips
 Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid2 menghasilkan dengan mengunting/ mengoyak bahan2 kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik.

1 comment: