Sunday, 15 April 2012

proses model



Antara Proses Membuat Model Adalah Seperti Berikut :



(a)Membuat model kecil atau proto-taip

Merupakan model awal sebagai panduan untuk penghasilan arca yang sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model ini disamping pengiraan pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilan.Model digubah berdasarkan lakaran terbaik yang dipilih dari lakaran-lakaran kecil atau thumbnail-print.



(b)Membuat kerangka atau struktur


Membuat kerangka berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastik. Kerangka atau struktur adalah tulang temulang mobail. Ia penting untuk kawalan bentuk disamping  menjadikan mobail lebih kukuh dan seimbang.



(c)Membuat mobail yang sebenar


Aspek-aspek ruang, saiz mobail, keteguhan, dan kesesuaian kerangka dengan dapatan perlu diambilkira. Binaannya ditokok tambah sehingga hasilan mobail menepati kehendak.



(d)Kekemasan dan peragaan/persembahan


Bahan penyudah seperti syelek, varnis, cat alas, cat kilat, manik, dan labuci boleh diaplikasikan tetapi tidak terlalu fancy. Kaedah menggantung, ruang peragaan, dan persekitaran perlu diteliti. 

No comments:

Post a Comment