Sunday, 15 April 2012

PROSES DIORAMA




Garden Diorama




MATERIALS:
Kotak kasut  
Kertas
EVA Foam
tanah liat
Krayon
Cat Acrylic
Gam
Gunting
bahan-bahan dekoratif: straw, manik-manik, kapas, dan lain2
mata (serangga)
Kad manila 

LANGKAH 1
Gunakan kotak kasut jenis (tutup melekat ke tempat) dan kotak ubat nyamuk sebagai penahan seperti yang dilekatkan di atas.

LANGKAH 2
cat bahagian belakang kotak ini menggunakan cat arkilik.

LANGKAH 3
Bat bahagian dalam pula menggunakan warna yang berbeza. Anda juga boleh menggunakan kertas warna dan tampalkan sahaja mengikut citarasa anda. Kemudian gamkan sisi2 kotak supaya ianya lebih kemas.

LANGKAH 4
Tampalkan eva foam dan hiaskan seperti di atas. Kemudian, lekatkan pula kapas2 berbentuk awan di beberapa sudut.

LANGKAH 5
Bina tingkap menggunakan eva foam pelbagai warna.

LANGKAH 6
Hasilkan pula bunga matahari menggunakan kad manila bewarna dan straw minuman seperti di atas.

LANGKAH 7
Letakkan pula tanah liat dan bentukkan seperti di atas

LANGKAH 8
Gunting kertas dan jadikan daun berbentuk panjang dan cucukan pada tanah liat disudut kotak tersebut.

LANGKAH 9
Hasilkan bunga2 yang comel ini menggunakan eva foam, dan lekatkan spring pada bawah bunga tersebut. Lekatkan pada tanah liat.

LANGKAH 10




Hasilkan serangga2 seperti di atas.

LANGKAH 11
Susun atur serangga2 yang telah siap seperti di atas.


Inilah hasilnya..comel sangat kan!!!!...
Cikgu Eela pun belum cuba buat lagi..maybe untuk pnp next year kot baru boleh buat!!!...

5 comments:

  1. Salam 1 Malaysia...

    Cikgu Afifah ni ajar subjek pendidikan seni ke? Baguslah kalau subjek diorama ni diajar di peringkat sekolah lagi. :)

    ReplyDelete
  2. diorama adalah tajuk PSV untuk tahun 4 ,2014 bagi sekolah rendah...terima kasihdgn ilmu ini..boleh saya guna utk pembentangan kepada guru seni

    ReplyDelete
  3. Cikgu Afifah,terima kasih atas perkongsian..mohon kongsi ye untuk di tunjukkan kepada murid-murid nanti....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih banyak2 bagi idea yg sangat bernas dan jimat...

    ReplyDelete