Friday 13 April 2012

CARA MEMBUAT GURISAN


CARA PENYEDIAAN:

LANGKAH PERTAMA:

Sediakan alat dan bahan seperti di atas.


LANGKAH KEDUA:

Mulakan mewarna lapisan warna yang pertama dengan menggunakan krayon.
Anda semua digalakkan menggunakan kreativiti masing2 dalam pemilihan unsur seni warna.
Warnakan sehinnga kertas lukisan anda penuh ya...


LANGKAH KETIGA:

Kemudian, setelah siap mewarna lapisan krayon yang pertama (seperti diatas, cantikkan..hehe)
Lakukan kemasan pertama iaitu bersihkan lebihan krayon pada kertas lukisan.


LANGKAH KEEMPAT:

Setelah itu, dengan menggunakan krayon berwarna hitam, warnakan lapisan kedua sepenuhnya menggunakan warna hitam.
Sila jaga kebersihan tangan anda ya...


LANGKAH KELIMA:

Hasil lapisan krayon yang kedua adalah seperti diatas.
Lakukan kemasan yang kedua iaitu membersihkan serpihan krayon yang tertinggal pada kertas lukisan anda.


LANGKAH KEENAM:

Dengan menggunakan pensel mekanikal (bahagian hujung yang tajam tanpa ubat pensel) mula melukis ikan paus dengan menggunakan teknik gurisan.
Hasilnya, anda akan melihat ikan paus anda bewarna-warni (seperti diatas)

7 comments: