UNSUR SENI VISUAL
- Unsur seni adalah elemen asas dalam karya seni visual.
- Ruang boleh berada di mana-mana dalam asas seni reka. Ruang adalah aspek yang tidak boleh dinilai di dalam unsur seni.
- Karya yang baik adalah karya yang menyusun dan mengaplikasikan unsuer seni sebagai persembahan.
1.1 Garisan
Garisan dalam konteks seni visual adalah kesan yang dhasilkan dengan menggunakan alat, media atau bahan yang dimulakan daripada satu titik permulaan merenrasi sesuatu merentasi sesuatu kawasan di atas sesuatu permukaan.
Rajah 1 : titik-titik membentuk satu garisan. |
Aplikasi Garisan Dalam Seni Visual
Garisan dapat kita bentuk melalui lorekan, goresan, torehan, cakaran dan sebagainya. Apabila anda menghasilkan karya seni visual, alat dan bahan dapat membantu anda untuk menghasilkan pelbagai garisan.
1. Garisan melahirkan rupa.
AB2. Garisan mewujudkan ruang yang berlainan dari segi saiz, jarak dan intensiti.
Rajah 3 : Garisan pada landasan keretapi menunjukkan ruang. |
3. Garisan dihasilkan melalui jalinan pada permukaan objek.
Kajian Teknik Dalam Lukisan
Garisan boleh diperoleh dengan menggunakan teknik-teknik tertentu dalam pengkaryaan seni visual. Contoh di bawah menunjukkan pelbagai teknik untuk menghasilkan garisan.
Teknik Resis
Rajah 7 : Teknik Resis |
Teknik Anyaman
Rajah 8 : Teknik Anyaman |
Teknik Pualaman
Rajah 9 : Teknik pualaman |
Teknik Hard Edge's
Rajah 10 : Teknik catan Hard Edge's |
Kesan Garisan Dalam Konteks Perasaan
Melalui garisan yang dibentuk dengan menggunakan alat dan bahan, apabila digubah ia akan menimbulkan perasaan dan tafsiran di dalam diri kita.
Garisan melintang - Menimbulkan rasa tenang, tenteram & padu |
Garisan berpancar : Menimbulkan rasa jauh & dekat, tenaga & tumpuan. |
Garisan Menegak : Menimbulkan rasa kukuh, tegas & stabil |
Garisan pepenjuru : Menimbulkan rasa pergerakkan dan tidak stabil. |
1.2 RUPA
Rupa adalah suatu kawasan yang berbeza daripada ruang sekeliling dan bersifat 2 dimensi. Rupa juga adalah hasil pertemuan penghujung satu garisan dan permulaannya.
Rajah 11 : Garisan dibentuk bertemu dari hujung ke pangkal. |
Jenis-Jenis Rupa
1. Rupa Geometri
Rupa geometri adalah sifat yang statik dan mempunyai sempadan yang tepat. Kebiasaannya menggunakan alat untuk melukis. Contohnya, bulat, empat segi, heksagon, rombus dan segi tiga.
Rajah 12 : contoh rupa Geometri. |
2. Rupa Organik.
Rupa organik mempunyai sifat yang bebas dan dinamik, tidak mempunyai sempadan dan sudut, bersahaja dan dicipta secara spontan.
Rajah 13 : Contoh rupa organik |
Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif adalah rupa yang terletak di dalam kawasan tertentu. Rupa negatif adalah rupa yang berada di sekeliling rupa objek. Rupa mempunyai nilai positif dan negatif apabila dimasukkan ke dalam satu satah sempadan.
Rajah 14 : Rupa Positif
Rajah 15 : Rupa Negatif |
Rupa Muka Taip
Rupa muka taip adalah merujuk kepada rupa dan karakter huruf. Terdapat pelbagai karakter huruf dan mempunyai karakter tertentu. Terdapat pelbagai rupa huruf yang mempunyai sifat tertentu seperti huruf rumi, jawi dan tulisan cina.
Muka rupa taip rumi |
Rupa muka taip jawi
|
Rupa Motif Tradisional, Simbol dan Logo
Logo Petronas |
Simbol Toilet
|
1.2 BENTUK
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ini bermakna bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan datar. Bentuk dapat dilihat daripada pelbagai sudut pandangan seperti karya 3 dimensi atau dari satu sudut pandangan seperti karya dua dimensi yang disebut bentuk ilusi.
Jenis-Jenis Bentuk.
1. Bentuk Konkrit.
Bentuk konkrit adalah bentuk yang sebenar dan bersifat 3 dimensi. Bentuk konkrit dapat dilihat daripada pelbagai sudut, disentuh dan dirasa melalui deria.
Bentuk konkrit : kerusi
|
2. Bentuk Ilusi
Bentuk ilusi adalah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Bentuk ilusi bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lukisan, catan dan lakaran 3D.
Bentuk ilusi : teknik komputer grafik
|
1.4 JALINAN
Jalinan ialah sifat permukaan sesuatu objek atau karya seni visual yang boleh dilaksanakan melalui penglihatan ilusi atau deria sentuh. Jalinan boleh didapati melalui objek alam atau objek buatan manusia.
Jalinan pada biskut adalah jalinan objek buatan manusia |
Kulit kayu adalah jalinan alam semulajadi |
Jenis-Jenis Jalianan.
1. Jalinan Sentuh
Jalinan sentuh ialah permukaan yang mempunyai jalinan yang boleh dirasa melalui deria sentuh. Apabila disentuh deria akan merasa kesat, lembut, kasar, lembik, dan sebagainya.
Permukaan tapak kasut.
|
2. Jalinan Tampak
Jalinan tampak ialah jalinan yang boleh dilihat melalui ilusi tetapi tidak dapat dirasai melalui deria sentuh. Namun demikian, ia seolah-olah menyerupai sesuatu jalinan. Contoh-contoh jalinan tampak adalah seperti berikut :
Jalinan pada kuda belang |
Jalinan pada kulit ular |
Jalinan pada kulit tembikai |
Sifat Jalinan.
Jalinan terbahagi kepada beberapa sifat. Antara sifat-sifat jalinan yang dapat disenaraukan adalah :
No comments:
Post a Comment